Biarpun sepak mula liga super dijadualkan bermula hanya lebih kurang 3 hari sahaja lagi..
namun pelbagai masalah & rintangan terus melanda skuad TRW..Bermula dengan isu penggantungan ketua jurulatih utama skuad TRW iaitu saudara B.SATHIANATHAN selama 6 bulan berkuat kuasa 24 jan 2011..
Banyak persoalan yang timbul ekoran tindakan penggantungan tersebut oleh pihak FAM yang dilihat terlalu melampau & lebih bersifat sabotaj..kenapa baru sekarang pihak FAM mahu menjatuhkan hukuman tersebut??sedangkan pihak FAM boleh memutuskan lebih awal berkaitan hukuman itu..
Kalau diimbas kembali sorotan peristiwa hitam tersebut..B.SATHIANATHAN telah dijatuhkan hukuman penggantungan sebelum sepak mula perlawanan akhir piala malaysia baru2 ini namun telah ditangguh kerana rayuan terhadap penggantungan itu telah dikemukakan oleh pihak KAFA bagi membolehkan skuad TRW menghadapi saingan akhir piala malaysia tersebut..
Namun bagai telah dirancang secara teliti..B.SATHIANATHAN sekali lagi didapati bersalah & kali ini penggantungan yang telah ditangguhkan baru2 ini telah dilaksanakan tanpa belas kasihan lagi..Ironi nya penggantungan itu telah dibuat sekali lagi pada detik2 akhir persiapan skuad TRW bagi menghadapi final piala sumbangsih antara skuad kelantan & selangor..Persoalan yang timbul disini kenapa pihak FAM bagai mengulangi skrip yang sama iaitu menghukum skuad TRW disaat mereka bertungkus lumus dalam menyiapkan skuad bagi menghadapi cabaran yang cukup getir bertemu selangor & cabaran liga super 2011..
Kenapa banyak masa yang dibuang sebelum ini??
Adakah ini berbentuk serangan psikologi yang dilancarkan oleh pihak2 tertentu bagi menjatuhkan moral & semangat pemain serta penyokong skuad TRW??
Kerana difahamkan jika skuad TRW gagal dalam mencari pengganti B.SATHIANATHAN sebelum 29/01/2011 ini..Maka mereka dikira tidak layak untuk bertarung dengan selangor bagi merebut piala sumbangsih & ini akan memberi kemenangan percuma kepada skuad selangor..
~Apakah semua ini akan berlaku dimana selangor & team2 lain terus gah manakala kelantan longlai dizalimi FAM~
TiGo aMaSh
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Berkat di sebalik membaca Bismillah.
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Tujuh perkara ganjil..
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
Monday, January 17, 2011
Sunday, January 16, 2011
Norshahrul VS Safee Sali: Siapa Lebih Hebat?
Norshahrul VS Safee Sali: Siapa Lebih Hebat?

Persaingan sengit antara Selangor dan Kelantan akan memberi peluang kepada kedua pemain ini membuktikan kemampuan mereka pada pasukan dan seluruh rakyat Malaysia siapa wira sebenarnya. Ramai pemerhati sukan mencongak Norshahrul seorang penyerang yang baik hati dan bijak mencipta peluang kepada rakan-rakan, beliau tidak mementing diri sendiri, oleh itu tidak hairan sekiranya Norshahrul hanya mampu menjaring dua gol sahaja ketika perlawanan Piala AFF Suzuki 2011 kerana kebanyakan jaringan daripada pemain lain adalah hasil lolosan dan lorongan menarik Norshahrul. Norshahrul kelihatan tenang apabila setiap kali ditanya berkaitan tawaran pasukan luar negara, berbeza dengan Safee Sali yang begitu teruja ingin menyarung jersi luar negara sehinggakan pengurus pasukan Persib Bandung tampil menafikan penyertaan pemain emas Selangor ini.
Keupayaan Safee Sali selaku pembunuh di depan gawang juga tidak boleh dipandang mudah barisan pertahanan Kelantan 29 januari nanti. Keserasian 4 serangkai iaitu Amirul Hadi, Amri Yahya, Safik Rahim yang sentiasa bijak mencipta peluang kepada Safee Sali harus dikawal rapi barisan pertahanan supaya tugas Khairul Fahmi selaku benteng akhir Kelantan dapat diringankan dengan fokus yang baik menjaga golnya. Kemenangan Kelantan membelasah Selangor 3-0 pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2010 bukan lagi sandaran untuk mendabik dada selesa dengan kemenangan ini kerana barisan peledak tahun lalu sudah berubah. Kini Kelantan tiada lagi Akmal Rizal dan Norfarhan penjaring utama perlawanan tersebut.
Sandaran penyerang utama kini digalas Norshahrul dan akan dibantu Ramzul Zahini serta Mohd Badhri Radzi, K. Soley, Nurul Azwan Royal, Shakir dan pemain lain bagi membawa pulang buat kali pertama Piala Sultan Ahmad Shah ini ke bumi Kelantan. Malam itu nanti akan menjadi penentu kehebatan dua pemain utama Malaysia ini samada Norshahrul atau Safee Sali pilihan terbaik pada pasukan mereka. Kedua-dua pemain ini dilaporkan mendapat tawaran lumayan daripada pasukan luar negara, sudah pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan wakil agen pasukan terbabit untuk datang menilai prestasi kedua pemain ini dan seterusnya mencadangkan pilihan terbaik kepada pengurusan mereka.
Walauapapun penilaian penyokong Malaysia kepada kedua pemain ini sekarang, Norshahrul dan Safee Sali masih ada 90 minit sebelum wisel perlawanan ditiupkan untuk mempamerkan aksi dan kehebatan sebenar mereka. Namun diingatkan keupayaan pasukan untuk kalah atau menang bukan bergantung kepada seseorang pemain sahaja kerana ianya memerlukan kesungguhan aksi daripada kesebelasan utama pemain dan yang paling utama pemain kedua belas selaku penggegar semangat kesebelasan pemain berfungsi dengan cemerlang.
Para penyokong The Red Warriors diseru turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan The Red Warriors yang akan terus tersenyum sepanjang musim ini setelah mendapat tajaan syarikat telekomunikasi "Happy". Malah sudah ada kata-kata gurauan pasukan ini akan dikenali dengan nama baru iaitu "Happy Warriors". Diharap kegembiraan ini sentiasa disulami dengan kemenangan pada tahun ini.
Teruslah bergomo bersama pasukan "The Happy Warriors " Oppssss silap The Red Warriors.....Gomo Kelate Gomo.....
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[theredwarriors.com]
Saturday, January 15, 2011
Sahabat....Dikau lah segalanya bagiku...
Sayu menyelubungi diriku tatkala hati & fikiran melayang terkenangkan dikau yg telah pergi meninggalkan daku..
Terlalu banyak kenangan suka & duka serta pengalaman pahit maung yg telah kita tempuhi bersama sepanjang 3 tahun kita bergelar SAHABAT...Tempoh singkat itu bagaikan berlalu tanpa disedari kerana disulami dengan kesetiaan & pengorbanan antara kita..
Perkenalan denganmu bermula ketika kita sama2 menjejakkan kaki ke menara gading..Diawal perkenalan,kita tidak banyak berbicara kerana mungkin perbezaan loghat bahasa kerana aku berasal dari pantai timur & dikau pula berasal dari utara tanah air..Namun lama kelamaan, masalah tersebut semakin dapat diatasi & talian persahabatan yg kita bina bersama semakin bertaut utuh..pelbagai dugaan & pengalaman pahit manis kita tempuhi bersama menjadikan kita lebih rapat & selalu berkongsi kisah suka duka bersama..Paling aku ingati ialah ketika dikau meraikan hari lebaran bersama2 di kampung halamanku..Ini terjadi kerana dikau tidak dapat balik ke kampung halamanmu kerana kehabisan tiket bas..Namun dikau tetap gembira & ceria menyambut hari lebaran tersebut walaupun berjauhan dengan keluargamu yg tercinta...
Setelah menginjak ke tahun 2 pengajian kita..aku & dikau mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sewa berhampiran dengan universiti bersama dengan beberapa orang rakan yg lain..semakin erat persahabatan kita semua bagaikan 1 keluarga yg saling memerlukan..kita sama2 mengulang kaji pelajaran bersama..setelah penat mengulang kaji,kita sambung dengan pertarungan hebat melalui FIFA MANAGER di dalam komputer aku..& yg pasti kita sama2 hebat kerana ada kalanya aku yg memenangi pertarungan sengit itu & begitu jua sebaliknya...;)aku masih ingat team yg dikau gemari dalam dunia bola sepak..& team itulah jua yg menjadi team yg paling dibenci olehku..Namun itu semua tidak menjadi penghalang kepada persahabatan kita..
Setelah memasuki tahun terakhir pengajian..kita sama2 bertekad untuk memberi fokus yg lebih kepada pengajian yg akan ditempuhi..kita sedar bahawa inilah masanya untuk kita cuba sedaya upaya bagi mendapatkan keputusan yg baik apabila tamat pengajian nanti..Dikau banyak membantu aku dalam memahami sesuatu perkara dalam pengajian..sehinggakan aku menganggap dikau sebagai seorang rakan baik yg merangkap pensyarah kedua ku..setelah bertungkus lumus sepanjang tempoh pengajian..Akhirnya kita mendapat natijah sebagaimana yg kita usaha kan selama ini..& ternyata keputusan dikau lebih baik berbanding diriku..
Setelah tamat pengajian..kita membuat keputusan berbeza dimana dikau memutuskan untuk menyambung lagi pengajian diluar negara manakala aku membuat keputusan untuk menerima 1 tawaran kerja bersama badan kerajaan di negeri kelahiran ku..Namun keputusan ini tidak sesekali memutuskan tautan silaturrahim yg terbina antara kita..Hampir setiap masa kita berhubung bertanya khabar walaupun jarak yg memisahkan kita beribu batu merentasi lautan..
Namun segalanya berubah & hatiku bagaikan direntap dengan penuh bisa apabila suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari sahabatmu yg sama2 menuntut denganmu disana..Dalam keadaan suara yg tersekat2 bersilih ganti dengan esakan kecil hasil tangisannya membuatkan aku kebingungan & tertanya2 apakah yg sudah berlaku..apakah berita yg akan disampaikan nanti akan turut memaksa air jernih dari kelopak mataku akan bercucuran jatuh ke bumi jua??Dan ternyata berita itu benar2 membuatkan aku menangis seperti anak kecil yg kehilangan ibu bapanya..SAHABAT yg selama ini menjadi tempat untuk aku berkongsi segala suka duka telah PERGI BUAT SELAMANYA kerana terlibat dalam 1 kemalangan jln raya berhampiran dengan pusat pengajiannya..& lebih menyayatkan hatiku apabila kejadian ini berlaku setelah hanya sebulan dia menjejakkan kaki di sana..belum sempat dia mencapai cita2 nya untuk menimba ilmu di bumi anbiya'..Allah telah terlebih dahulu memanggilnya pulang ke negeri abadi...Tiada apa yg dapat aku lakukan kecuali menyedekahkan Al-Fatihah & berdoa agar rohnya ditempatkan bersama insan2 terpilih di SYURGA ABADI..
Sesungguhnya segala kenangan bersamamu tidak akan aku lupakan sampai akhir hayat..
dikau lah sahabat terbaik yg pernah aku miliki..
amanlah dikau disana..nantikan aku dipintu SYURGA..
InsyaAllah....

Friday, January 14, 2011
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Ikuti kisah ini...;)
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut berperang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah memeluk Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam turut dibawanya bersama.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan penuh kegembiraan,tambahan pula beliau dengan rela hati akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimanapun Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya,namun tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab mereka menyangka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam & mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga.." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab ianya adalah di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kepada kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka akan aku khabarkan, orang tersebut adalah Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Semoga kita jua tergolong dlm golongan ahli syurga walaupun bukan melalui cara Amar bin Thabit ini..
InsyaAllah..
Subscribe to:
Comments (Atom)