Imam Al-Ghazali rhm. pernah berkata bahawa perkara yg paling jauh ialah "masa lalu".Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan itu??
Ya..1 saat yg berlalu dlm hidup kite,tidak akan dpt dikejar semula walaupun dgn pesawat terbang yg plg laju..Ia akan terus berlalu untuk mnjadi saksi apakah kita menggunakan nya untuk pahala,dosa ataupun mensia2kannya..
Kita tidak akan dpt memutarkan jarum waktu kebelakang.masa umpama air sungai yg mengalir.Apabila kite memijak air sungai untuk kali yg pertama maka kita tidak akan dpt memijak air yg sama untuk kali yg kedua lg..Ya..masa ialah nyawa kita..Mengurus masa adalah sama seperti kita MENGURUSKAN NYAWA KITA!!!
Masa berlalu terlalu laju.sedar2 usia tua menjengah kita & saat kematian datang seolah2 secara tiba2..Hidup hanya bagaikan mimpi..Benarlah seperti mana yg dikatakan oleh Sayidina Ali:
"Manusia ketika hidup di dunia semuanya TIDUR (lalai)..bila mati barulah mereka TERJAGA (tersedar).."
Kata2 itu sungguh mendalam maksudnya..Ya..hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas2nya..Ketika itu barulah si MATI dapat melihat kehidupannya dgn setepat2nya..Setelah diri berada dialam Barzakh,barulah manusia insaf apakah yg sebenarnya yg perlu dicari & dimiliki dlm hidupnya ketika didunia dahulu..
Jadi..macam mana dgn kite??adakah kita telah menyedari apakah tujuan hidup kite dimuka bumi ini..
ataupun kite juga hendak menunggu saat kematian menjelma baru la kita akan sedar segala tujuan hidup kita ini??sama2 la kite mengambil iktibar dr segala kejadian yg berlaku disekeliling kita..
kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg trsembunyi di sebaliknya...
No comments:
Post a Comment