Biarpun sepak mula liga super dijadualkan bermula hanya lebih kurang 3 hari sahaja lagi..
namun pelbagai masalah & rintangan terus melanda skuad TRW..Bermula dengan isu penggantungan ketua jurulatih utama skuad TRW iaitu saudara B.SATHIANATHAN selama 6 bulan berkuat kuasa 24 jan 2011..
Banyak persoalan yang timbul ekoran tindakan penggantungan tersebut oleh pihak FAM yang dilihat terlalu melampau & lebih bersifat sabotaj..kenapa baru sekarang pihak FAM mahu menjatuhkan hukuman tersebut??sedangkan pihak FAM boleh memutuskan lebih awal berkaitan hukuman itu..
Kalau diimbas kembali sorotan peristiwa hitam tersebut..B.SATHIANATHAN telah dijatuhkan hukuman penggantungan sebelum sepak mula perlawanan akhir piala malaysia baru2 ini namun telah ditangguh kerana rayuan terhadap penggantungan itu telah dikemukakan oleh pihak KAFA bagi membolehkan skuad TRW menghadapi saingan akhir piala malaysia tersebut..
Namun bagai telah dirancang secara teliti..B.SATHIANATHAN sekali lagi didapati bersalah & kali ini penggantungan yang telah ditangguhkan baru2 ini telah dilaksanakan tanpa belas kasihan lagi..Ironi nya penggantungan itu telah dibuat sekali lagi pada detik2 akhir persiapan skuad TRW bagi menghadapi final piala sumbangsih antara skuad kelantan & selangor..Persoalan yang timbul disini kenapa pihak FAM bagai mengulangi skrip yang sama iaitu menghukum skuad TRW disaat mereka bertungkus lumus dalam menyiapkan skuad bagi menghadapi cabaran yang cukup getir bertemu selangor & cabaran liga super 2011..
Kenapa banyak masa yang dibuang sebelum ini??
Adakah ini berbentuk serangan psikologi yang dilancarkan oleh pihak2 tertentu bagi menjatuhkan moral & semangat pemain serta penyokong skuad TRW??
Kerana difahamkan jika skuad TRW gagal dalam mencari pengganti B.SATHIANATHAN sebelum 29/01/2011 ini..Maka mereka dikira tidak layak untuk bertarung dengan selangor bagi merebut piala sumbangsih & ini akan memberi kemenangan percuma kepada skuad selangor..
~Apakah semua ini akan berlaku dimana selangor & team2 lain terus gah manakala kelantan longlai dizalimi FAM~
blog marche ....! Votre blog est super.
ReplyDelete