slamat date..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 15, 2011

Sahabat....Dikau lah segalanya bagiku...

Sayu menyelubungi diriku tatkala hati & fikiran melayang terkenangkan dikau yg telah pergi meninggalkan daku..
Terlalu banyak kenangan suka & duka serta pengalaman pahit maung yg telah kita tempuhi bersama sepanjang 3 tahun kita bergelar SAHABAT...Tempoh singkat itu bagaikan berlalu tanpa disedari kerana disulami dengan kesetiaan & pengorbanan antara kita..

Perkenalan denganmu bermula ketika kita sama2 menjejakkan kaki ke menara gading..Diawal perkenalan,kita tidak banyak berbicara kerana mungkin perbezaan loghat bahasa kerana aku berasal dari pantai timur & dikau pula berasal dari utara tanah air..Namun lama kelamaan, masalah tersebut semakin dapat diatasi & talian persahabatan yg kita bina bersama semakin bertaut utuh..pelbagai dugaan & pengalaman pahit manis kita tempuhi bersama menjadikan kita lebih rapat & selalu berkongsi kisah suka duka bersama..Paling aku ingati ialah ketika dikau meraikan hari lebaran bersama2 di kampung halamanku..Ini terjadi kerana dikau tidak dapat balik ke kampung halamanmu kerana kehabisan tiket bas..Namun dikau tetap gembira & ceria menyambut hari lebaran tersebut walaupun berjauhan dengan keluargamu yg tercinta...

Setelah menginjak ke tahun 2 pengajian kita..aku & dikau mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sewa berhampiran dengan universiti bersama dengan beberapa orang rakan yg lain..semakin erat persahabatan kita semua bagaikan 1 keluarga yg saling memerlukan..kita sama2 mengulang kaji pelajaran bersama..setelah penat mengulang kaji,kita sambung dengan pertarungan hebat melalui FIFA MANAGER di dalam komputer aku..& yg pasti kita sama2 hebat kerana ada kalanya aku yg memenangi pertarungan sengit itu & begitu jua sebaliknya...;)aku masih ingat team yg dikau gemari dalam dunia bola sepak..& team itulah jua yg menjadi team yg paling dibenci olehku..Namun itu semua tidak menjadi penghalang kepada persahabatan kita..

Setelah memasuki tahun terakhir pengajian..kita sama2 bertekad untuk memberi fokus yg lebih kepada pengajian yg akan ditempuhi..kita sedar bahawa inilah masanya untuk kita cuba sedaya upaya bagi mendapatkan keputusan yg baik apabila tamat pengajian nanti..Dikau banyak membantu aku dalam memahami sesuatu perkara dalam pengajian..sehinggakan aku menganggap dikau sebagai seorang rakan baik yg merangkap pensyarah kedua ku..setelah bertungkus lumus sepanjang tempoh pengajian..Akhirnya kita mendapat natijah sebagaimana yg kita usaha kan selama ini..& ternyata keputusan dikau lebih baik berbanding diriku..

Setelah tamat pengajian..kita membuat keputusan berbeza dimana dikau memutuskan untuk menyambung lagi pengajian diluar negara manakala aku membuat keputusan untuk menerima 1 tawaran kerja bersama badan kerajaan di negeri kelahiran ku..Namun keputusan ini tidak sesekali memutuskan tautan silaturrahim yg terbina antara kita..Hampir setiap masa kita berhubung bertanya khabar walaupun jarak yg memisahkan kita beribu batu merentasi lautan..

Namun segalanya berubah & hatiku bagaikan direntap dengan penuh bisa apabila suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari sahabatmu yg sama2 menuntut denganmu disana..Dalam keadaan suara yg tersekat2 bersilih ganti dengan esakan kecil hasil tangisannya membuatkan aku kebingungan & tertanya2 apakah yg sudah berlaku..apakah berita yg akan disampaikan nanti akan turut memaksa air jernih dari kelopak mataku akan bercucuran jatuh ke bumi jua??Dan ternyata berita itu benar2 membuatkan aku menangis seperti anak kecil yg kehilangan ibu bapanya..SAHABAT yg selama ini menjadi tempat untuk aku berkongsi segala suka duka telah PERGI BUAT SELAMANYA kerana terlibat dalam 1 kemalangan jln raya berhampiran dengan pusat pengajiannya..& lebih menyayatkan hatiku apabila kejadian ini berlaku setelah hanya sebulan dia menjejakkan kaki di sana..belum sempat dia mencapai cita2 nya untuk menimba ilmu di bumi anbiya'..Allah telah terlebih dahulu memanggilnya pulang ke negeri abadi...Tiada apa yg dapat aku lakukan kecuali menyedekahkan Al-Fatihah & berdoa agar rohnya ditempatkan bersama insan2 terpilih di SYURGA ABADI..

Sesungguhnya segala kenangan bersamamu tidak akan aku lupakan sampai akhir hayat..
dikau lah sahabat terbaik yg pernah aku miliki..
amanlah dikau disana..nantikan aku dipintu SYURGA..
InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment